Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN
ramai dalam kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud.Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada
suatu pun ciptaan dan suruhan ALLAH SWT yang sia-sia, malahan setiap
ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal
manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud
fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual “” berbentuk ketaatan
kepada perintah ALLAH SWT dan menjauhi larangan-NYA. Ulama mengatakan
sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan ALLAH SWT
dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah
lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
* membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
* mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
* melegakan paru-paru daripada ketegangan.
* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
* memberi dorongan supaya mudah tidur.
* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
* Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan
boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir. Semakin banyak
sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan
menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.
*
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
*
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.
* mengurangkan kegemukan.
* pergerakan
bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali
ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions).
* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
* mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.
* Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya...
Dari segi perubatan, kesan sujud yang
lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh
mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan
akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut
kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
~~SUBHANAALLAH~~
KUASA ALLAH SWT..
Hendak diingatkan untuk diri saya sendiri dan juga semua bahawa gerakan
solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar
manfaat-manfaat kesihatan yang disebut tadi. Ia hanyalah anugerah yang
diberikan oleh ALLAH SWT yang Maha Pemurah...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar